PENCALONAN 2

Akhirat, 2008

 

Pengarah : Syed Mohamed
Syarikat Penerbit : Sri Saheb Production Sdn Bhd
   
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Drama
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 20 Mac 2008
Durasi : 94 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
 
Pengarah    

   
Penulis    

:
(Scripwritter)
:
(Cerita)
Pelakon    

:
Nurin Amira (Pelakon Utama)
:
Mejar TUDM Amran (Pelakon Utama)
:
Arry (Pelakon Utama)
:
Noni (Pelakon Utama)
:
Dato’ Shamsudin (Pelakon Utama)
:
Ramalinggam (Pelakon Pembantu)
:
Young (Pelakon Pembantu)
:
Uncle (Artis Jemputan)
:
Kaunselor (Artis Jemputan)
:
Dr. Syed (Artis Jemputan)
:
Ricky (Artis Jemputan)
:
Dr. Sheila (Artis Jemputan)
:
Ramon (Artis Jemputan)
:
Hisham (Artis Jemputan)
Krew    

:
(Muzik)
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pengurus Produksi)
Penerbit    

:
(Penerbit Eksekutif)
:
(Penerbit)
 

 

7 Komen

  1. Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang ‘mempersendakan’ agama kelak. Mungkin ada satu badan dapat memberi anugerah Abu Jahal ini. Pun kita baru melepasi suku pertama tahun 2008.
    Justeru eloklah kita senarai pendekkan dulu Akhirat untuk anugerah Abu Jahal ini. Siapa tahu akan ada filem Abu Jahal lain yang lebih jahil dan jahanam dari filem ini. Nampak sangat pengamal filem kita sedang berlumba-lumba untuk membikin filem ‘anak haram’ yang paling jahil sesama mereka.

    Filem dengan skrip oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan. Baca sahaja promosi filem ini sejak tahun lalu, mereka sendiri mengaku begitu. Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama; paling tidak pada lima perkara besar:

    i. Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual. Hal ini terlihat apabila Noni (lakonan Nabila) dinasihati ayahnya supaya berhati-hati berteman dengan Ari (lakonan Adi Putra), penataan muzik gedik-suka digunakan untuk melatari. Tambah-tambah pula ada adegan Mira (Vanidah Imran) dengan sengaja memerangkap adiknya Noni untuk menggunakan baju tidurnya. Itu sebagai umpan kepada suaminya Amran yang gersang (dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

    ii. Meskipun Noni digambarkan insaf di penghujung Akhirat setelah berzina dengan Ari sepuas hati, seraya minum arak dan berdansa di disko – keinsafan Noni hanyalah kerana ’saya telah salah berkawan’ dan bukan kerana ‘Allah melarang zina dan ia dosa besar’. Keinsafan Noni juga tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama.

    iii. Ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbu agama. Mira misalnya dalam keadaan genting tegang lagi sengsara oleh tekanan menghidapi HIV positif tidak sedikit pun berpaling kepada Allah untuk mendapat ketenangan. Tidak ditunjukkan apa-apa petanda Mira mendekati Tuhan dalam tempoh itu. Mira hanya mendapat ketenangan apabila bertemu dengan pegawai di Malaysia Aids Council ala-ala kak Marina.

    iv. Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi. Pengamal filem kita masih belum faham soal keadilan Ilahi (sebenarnya ulama yang tidak faham). Apabila ditimpa kecelakaan dalam hidup, mereka akan menyalahkan Tuhan dengan kata-kata ‘ini takdir’. Nasihat-nasihat ayah kepada Mira dan Noni adalah ‘nasihat-nasihat bertaraf jawapan kemusykilan agama kepada Dr Mashitah’ (Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri). Nasihat-nasihat itu tidak sedikit menjentik atau menggugah minda, dan membantu watak-watak itu kemudiannya insaf.

    v. Adegan separa seks separa panas kunun dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan. Adegan cium leher, peluk rangkul, belai membelai, tonyoh menghempap, gesel menggesel tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

    Elok kita renung jalur sebab dan akibat yang amat lemah dalam filem ini. Sesuai dengan anugerah Abu Jahal yang diterimanya, filem ini adalah gabungan plot paling lemah pelajar-pelajar Minggu Penulis Remaja paling tidak berkualiti dari tahun 2002-2007.

    Lebih lucu ada adegan Amran berpuisi untuk Mira; di sisi tasik buatan Putrajaya kunun-kunun romantis. Puisi bertaraf ‘reject’ untuk majalah E-Baca ini diucapkan demi membangkitkan dialog-dialog puitis tidak bertempat.

    Memang hodoh. Filem Akhirat mengisahkan kehidupan seorang wanita, Mira, yang musnah setelah dirogol oleh seorang pengedar dan penagih dadah. Akibatnya Mira disahkan menghidap penyakit yang amat menggerunkan. Kesengsaraan Mira ini pada awalnya dirahsiakan dari pengetahuan suaminya, Amran, dan keluarga. Konflik tercetus apabila Amran sering ditolak oleh Mira saat Amran sedang berkobar-kobar ingin melanda isterinya. Dilema perasaan inilah yang mendorong Mira memperdaya Amran dengan Noni (adik iparnya). Amran yang tidak tahu (sebab dia lembab dan bodoh) dengan tindakan Mira ini, telah menuduh adik iparnya Noni cuba menggodanya, selain mencemarkan nama dan maruah keluarga. Dalam pada itu diselitkan kisah-kisah Noni yang liar dan sering bersetubuh haram dengan teman lelakinya, Ari.

    Menurut produser S. Baldev Singh, Akhirat ditayangkan bersempena dengan musim Maulidur Rasul. Dan katanya lagi, “Sekarang ini kita lebih menitik beratkan konsep Islam Hadhari maka lahirlah filem Akhirat“.

    Thats it! Itu jadidefining moment. Patutlah! Itu menjelaskan segala-galanya bukan? Sebuah filem Islam Hadhari, patutlah ada pegang-pegang mesra sambil genyeh-genyeh manja. Patutlah ada zina-zina kasual sambil dialog derhaka Tuhan.

    Lebih menyedihkan filem Abu Jahal ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS. Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Virus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti sarcoma kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira. Alahai, buatlah penyelidikan sedikit. Mak cik jual cencaluk macam mak cik Musalmah Lebar pun tahu gunakan internet.

    Sedikit kuliah falsafah Islam untuk mereka yang bercita-cita menjadi pengamal filem dan tidak mahu tergelincir menjadi pengamal filem Abu Jahal:

    Duduknya seni Islam haruslah begini. Ia satu gerakan ke bawah. Allah sebagai Pencipta, Nabi Muhammad yakni Nur Muhammad sebagai pusat logos, itu kita namakan kamal atau kesempurnaan. Ia turun kepada ahlul bait sebagai penerus kelangsungan Islam yang aktual iaitu kita namakan wilayah. Ini kerana ahlul bait bukan hanya ilmuan tetapi cendekiawan kerana terlibat dalam pembangunan masyarakat. Gerakan kreativiti karyawan seni harus menempuh laluan ini.

    KEMUDIAN barulah sampai kepadaayan sabitah atau idea umum di mana dalam gestaltpemikiran Melayu; ia adalah manfaat dan faedah untuk masyarakat. Dalam erti kata lain kalau buat filem tidak ada faedah dan manfaat itu dengan sendirinya sudah menjadi Abu Jahal.Ayan sabitah atau idea umum itu tadi disampaikan dengan makna, dan penuh pengertian lalu turun kepada keindahan yang antaranya cultural literacy. Ini semua melibatkan karyawan. Dari situ ia turun lagi di mana ia akan membentuk genre yang dipilih karyawan atau kategori seni yang digulati pengamal seni. Tidak kiralah genre itu drama, action, animation atau apa pun. Ia kemudian turun lagi kepada khalayak yang akan menerimanya dengan akal kerana ada dorongan intelektual dalam karya, akan menerimanya dengan hati nurani kerana ada logos spiritual dan wilayah, lalu menerimanya dengan emosi kerana ada keindahan pada karya. Untuk memahami lebih lanjut persoalan ini sila baca Perempuan, di Wajah Langit Pagi dalam Milenia Muslim edisi Februari, Mac, April dan Mei 2008.

    Kembali kepada filem Abu Jahal kita untuk suku pertama tahun 2008. Sungguh kasihan melihat Vanida Imran, pelakon wanita terbaik di Festival Filem Malaysia 2007 berlakon filem seperti ini. Lakonan Tony Eusoffe, Adi Putra, dan Tan Sri Jins Shamsuddin tidak langsung menambah apa-apa. Lakonan Nabila Huda pula sangat-sangat menjengkelkan. Penampilan cameobeberapa nama besar memualkan. Filem Akhirat juga disulami lagu-lagu ‘jiwang melankolia tengah malam’ yang dicipta oleh Azmi Hassan dan dinyanyikan oleh kumpulan penyanyi bersuara sengau. Antara lagu yang bakal mewarnai filem ini ialah Akhirat (lagu tema), Akhirat II, Kasih Selendang Biru dan I Love You Senorita. Pada adegan yang menampilkan lagu I Love You Senorita anda boleh menatap ketiak bercukur pelakon pembantu wanitanya, sambil melihat bakat yang dikembangkan oleh AF1 menari tergedik-edik seolah-olah ada cacing kerawit berpusu-pusu mahu keluar dari hujung usus besarnya. Sungguh ‘abu jahal’ gedik itu.

    Dan alasan lain untuk memberi anugerah Abu Jahal ini kepada Akhirat meskipun penerbitnya bukan Islam, dan DOP pun dari Mumbai, ialah kerana filem ini diarahkan oleh seorang muslim. Bukan sekadar muslim biasa tetapi adalah pemimpin sebuah organisasi pengamal filem.

    Dan kerana itu kita tidak dapat menerimanya. Dan kerana itu layaklah Akhirat mendapat pencalonan akhir Anugerah Filem Abu Jahal 2008.

    PETIKAN KOMEN
    SDR FAISAL TEHRANI
    http://tehranifaisal.blogspot.com

  2. Produser ‘Akhirat’ Baldev percaya kepada Allah!
    SITI AZIRA ABD AZIZ, mSTAR ONLINE, 07 APRIL 2008

    EKORAN dakwaan filem Akhirat yang menemui penonton bermula 20 Mac lalu menghina agama Islam dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat Malaysia, produser filem tersebut, S. Baldev Singh tampil memberikan cabaran kepada pengkritik yang mengemukakan kritikan ‘pedas’ dan ‘berbisa’ agar melakukan ‘sesuatu’ terhadap filem tersebut.

    Katanya, atas kritikan tersebut juga, filem yang kini mengumpul kutipan sebanyak RM2 juta ini kurang mendapat sambutan di pawagam sekitar Kuala Lumpur.

    Tidak tahu di mana salahnya, beliau menganggap salah satu penyebabnya adalah kerana kritikan negatif tersebut maka khalayak tidak mahu menanggung risiko untuk menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon hebat dan terkenal Vanidah Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda, Adi Putra, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan ramai lagi.

    Walaubagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kutipan di tempat lain seperti Ipoh, Perak, Melaka dan Johor yang selalu ‘full house’.

    Bukan di tiga negeri itu sahaja, penonton di negara luar seperti Brunei juga menerima dan memuji filem tersebut.

    Kini, orang ramai masih berpeluang menonton filem Akhirat yang ditayangkan di enam buah panggung termasuk tiga buah panggung di Kuala Lumpur dengan dua hingga tiga ‘show’ sehari.

    “Kalau di kampung, mungkin tidak ramai yang berpeluang untuk membaca kritikan yang tersebar di internet itu.

    “Saya tidak menyalahkan mereka dan memaksa mereka untuk menonton filem saya tetapi saya minta semua orang pergi menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat penilaian negatif terhadap filem ini.

    “Saya buat filem ini dengan hati dan niat yang bersih serta penuh penghormatan. Saya juga tiada niat untuk memburukkan manusia, binatang atau apa-apa sahaja. Tetapi saya nak beritahu masyarakat tentang bahayanya HIV Aids kepada manusia apabila mereka terkena dan awasilah dengan hal itu.

    “Takkan saya bodoh untuk melaburkan sejumlah wang RM2 juta untuk melakukan filem yang tidak berfaedah? Jika filem ini tidak patut ditayang, mengapa Lembaga Penapisan Filem Malaysia meluluskan filem ini sepenuhnya?.

    “Saya fikir mungkin pengkritik ini berumur 13 tahun dan ke bawah. Jika dia benar-benar ingin menghalang filem ini dari ditayang, dia kena datang ke depan dan utarakan penilaian tersebut,” ujar Baldev.

    Dalam kritikan tersebut, pengkritik ini telah mengatakan filem Akhirat adalah filem Abu Jahal.

    Antara petikan kata-kata yang ditulis adalah begini, “Itulah spekulasi yang melanda filem Abu Jahal (Suku Pertama) tahun 2008 iaitu ‘Akhirat’.

    “Sekiranya filem Akhirat itu adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang ‘mempersendakan’ agama kelak.”

    Baldev cukup terkilan apabila mendengar penjelasan daripada pengarah filem tersebut, Syed Mohamed Benyahya yang membaca kritikan daripada pengkritik yang juga seorang blogger itu.

    “Dia juga tak faham dengan pengkritik tersebut dan berkata samada pengkritik itu telah menonton filem ini atau belum.

    “Jika pengkritik tersebut tidak berpuas hati dengan filem ini, dia perlu bercakap kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk ‘band’ filem ini dan jangan kata filem ini Abu Jahal,” luah Baldev .

    Beliau turut mengesyorkan supaya para pengkritik menganggotai sebuah perbadanan pengkritik yang bertanggungjawab dan melantik satu jawatankuasa untuk menilai samada sesuai atau tidak untuk mengkritik sesuatu perkara itu.

    “Tetapi saya akur bahawa setiap manusia itu mempunyai pandangan yang berlainan,” kata Baldev lagi.

    Tambah Baldev, menurut kajian yang beliau tahu tentang penerimaan khalayak filem di Malaysia, penonton tidak boleh menerima filem ‘berat’ seperti filem Akhirat.

    “Mereka lebih gemar menonton filem ringan seperti filem komedi yang tidak memerlukan mereka berfikir.

    “Oleh sebab itu, pada bulan depan kami bercadang untuk membuat sebuah filem aksi komedi iaitu “Kecoh” yang langsung tidak mengandungi mesej dan boleh dikatakan sebagai filem ‘bodoh’.

    “Seperkara lagi, orang kita suka sanjung barang orang,” ulas Baldev.

    Perkara menarik yang dibahaskan oleh pengkritik itu lagi adalah, “Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama, paling tidak lima perkara besar…”

    Lima perkara besar yang disentuh dan diringkaskan di sini adalah “menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual”, “keinsafan Noni tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama”, “ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbung agama”, “babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi” dan “adegan ‘separa seks’ dan ‘separa panas’ dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan”.

    Tentang isu agama, Baldev mengatakan beliau tidak mempunyai niat untuk mempersendakan agama Islam kerana beliau sendiri menghormati agama Islam walaupun menganut agama kaum punjabi.

    “Saya percaya kepada Allah dan tahu tentang apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh.

    “Pasal seks pula, takkan seseorang yang sudah berkahwin seperti watak Mira (Vanidah) dan Amran (Tony) hendak duduk jauh-jauh seperti tinggal dengan orang asing.

    “Perlu ingat lakonan yang dibuat bukan menggambarkan Vanidah, Tony, Nabila dan Adi tetapi apa yang perlu dilihat adalah watak tersebut iaitu Mira, Amran, Noni dan Ari,” beritahu Baldev.

    Pengkritik itu juga mengatakan, “Lebih menyedihkan filem ‘Abu Jahal’ ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS.

    “Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Vitus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti Sarcoma Kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira…”.

    Menjawab kepada kritikan itu, Baldev berkata, “Penonton boleh melihat perubahan tersebut melalui rambut, warna baju dan kereta yang dipakai oleh Mira bagi menggambarkan masa yang diambil oleh beliau untuk mengidap HIV adalah lama.

    “Fakta itu kita sudah tahu dari Majlis AIDS di mana pesakit HIV tidak meninggal kerana HIV positif atau AIDS tetapi mereka mati kerana Pneumonia.

    “Beberapa bulan Vanidah pergi ke Majlis AIDS dan alaminya dengan bertanyakan kepada pesakit AIDS dalam tempoh enam bulan.”

    Walaupun dihentam hebat, produser dari Sri Saheb Productions ini masih mempunyai cita-cita untuk membuat filem berlandaskan kisah benar yang melanda masyarakat tempatan selepas menerbitkan filem Akhirat berdasarkan kisah benar seorang wanita yang meninggal dunia setelah menderita penyakit HIV positif.

    “Saya bercadang untuk membuat sebuah filem mengenai isu buang bayi iaitu “Lapan Jam” seperti kisah bayi yang dibuang dalam tempoh lapan jam seorang yang disebut dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

    “Saya juga ingin menghasilkan sebuah filem berjudul “Kanser” yang menyentuh tentang masalah golongan perempuan yang ramai menghidap kanser. Saya ingin filem tersebut menceritakan tentang bahaya dan sebab penyakit itu menyerang seseorang itu.

    “Kali ini saya ingin mencadangkan kepada pengkritik itu membuat skrip bagi kedua-dua buah filem ini dan saya bersedia untuk membeli skrip tersebut mengikut permintaannya.

    “Saya juga akan mengusulkan cadangan ini dengan pengkritik itu nanti dan tidak perlu tahu bagaimana saya akan buat,” rayu Baldev kepada pengkritik bernama Faisal Tehrani itu.

    Untuk makluman, Faisal Tehrani bukan sahaja merupakan pengkritik bebas di laman blognya malah beliau juga merupakan seorang penulis buku ilmiah dan novel terkenal.

    CUPLIKAN
    http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_18b9330d-c0a85062-1831d180-acc58e3c

  3. Inilah filem paling ’sesat’ pernah ditonton, dan kesesatan itu bukan sahaja datang dari teksnya, lakonnya, ruangnya, masanya, malah telah membawa kesesatan pula pada massa dan diri sebagai seorang khalayak.

    Filem bukanlah suatu hasil dari pekerjaan para pekerja negara firaun, sebaliknya merupakan suatu gedung ar-risalah yang mengandungi segala keterimaan, kepatuhan dan kepercayaan dalam menyampaikan dan melaksanakan seluruh dan segala keimanan terhadap Allah, sama ada di dalam bidang pemikiran ataupun bidang amalan. Pekerjaan berkarya filem, atau sinema, atau wayang gambar bukanlah suatu prakarsa untuk mencetuskan prahara terhadap nilai, bentuk dan kandungan identiti, kepercayaan pada keimanan, kesusilaan pada ketamadunan, dan ketaatan pada Allah Maha Esa, kerana filem sebagaimana pekerjaan-pekerjaan siasah yang lainnya akan menjadi tersangat jahat seandai matlamatnya hanya untuk menyebabkan ketakutan, kegelisahan, keresahaan, kecurigaan, kepunahan dan kehancuran segala yang telah ‘terbaik’ yang tersedia ada. Filem seperti mana peranan-peranan lain yang dituntut oleh manusia berperanan di dalamnya hendaklah mengetahui kedudukannya sebagai wadah yang menyeru kepada keperkasaan ‘iman’ dan sebagai dataran luas yang menumbuhkan segala macam pepohon yang merendangi ketaatan pada Allah Maha Esa, dan sebagai daerah dunia yang penghidupannya diasaskan untuk mempersediakan diri bagi perjalanan jauh, selepas habisnya tempoh berada di dunia hidup, yakni persiapan menuju ke negeri mati.

    Filem hendaklah dengan sendirinya difahami sebagai sebuah gerakan kebersamaan memenuhi tugas berpesan-pesan kepada kebenaran. Filem tidak sepatutnya berlolongan dengan andaian ‘cinema justice’ yang membolehkan berkelakuan derhaka dan celaka, seperti pemabuk, pencuri, perompak, penjudi, pelacur, penipu, pembunuh, pemuja berhala yang sesat, penzina yang bakal menempati neraka. Ini kerana filem sebagai sebuah karya yang bercakap, berkata-kata, hendaklah menjadi angkatan badar yang tugasnya mempertahankan seterusnya memperkukuhkan kebaikan, dan bagi sebuah filem Islam itu, tanda asasnya sebuah filem yang diarahkan oleh orang Islam hendaklah mendului segala orang, demi tujuannya untuk menegakkan syiar iman terhadap Allah dan memantapkan keimanan umat Islam.

    Mana-mana perbuatan dalam filem yang menentang kedudukan ini adalah pertarungan yang nyata!

    Filem sebagai ar-risalah hendaklah menyampaikan sistem pemikiran yang terangkum asas-asas, hakikat-hakikat, ciri-ciri pemikiran dan kefalsafahan yang bersentuh dengan segala bentuk dan kandungan sama ada dalam metafizikanya, fiziknya, dan nomosnya dengan aqidah, ibadah, akhlak dan syariat Islam. Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Allah sendiri bahawa Islam ialah agama Allah, agama yang haq, agama yang lurus, agama yang diiktiraf dan diredai, maka Islam adalah agama yang sempurna, dan sempurna aqidah dan sempurna syariatnya. Justeru itu segala perbuatan, tingkah laku termasuk pekerjaan-pekerjaan yang bertentangan dengan adiluhung Islam ini dengan sendirinya adalah suatu cara menguruskan kehidupan dan hasil mahsul dari kehidupan itu yang sesat, dan melampaui batas. Ingatlah; Allah telah menegaskan:

    1. Sesiapa yang tidak melaksanakan hukum dengan yang diturunkan oleh Allah mereka adalah orang yang zalim (Surah Al Maidah; ayat 45)

    2. Sesiapa yang tidak melaksanakan hukum dengan apa yang yang diturunkan oleh Allah mereka adalah orang yang fasik (Surah Al Maidah; ayat 47)

    3. Mereka yang tidak melaksanakan hukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah, mereka adalah orang yang kafir (Surah Al Maidah, ayat 44)

    Filem AKHIRAT bukan sahaja cuba bersengketa dengan tuntutan-tuntutan tersebut, malah dengan tutankhamunnya menganjurkan suatu pesta tunamoral, tunasosial, dan sangat malang menjadi sumber keraian segala kebejatan, kebobrokan, kerosakan, kepunahan, ketunaan iman dengan menempatkan adegan-adegan ’sial dan celaka’ yang telah jelas ditegah dan menjadi dosa besar sekira melakukannya, apatah lagi untuk merayakannya dan kemudian disebarkan ke segenap ruang pelusuk alam tanpa peduli ketertanggung jawaban kesan-kesan dari tindakan prahara ini. Tentunya alam sebagai makhluk Allah akan meraung kesakitan, kepedihan dan ketakutan lantaran sebegini dahsyat manusia memperlakukan dirinya dan sebegitu dahsyat pula manusia melihat agamanya.

    Bermula dengan naratif yang kosong; cerita dan makna, dan lakonlayar yang tidak memiliki apa-apa kandungan selain untuk menutup kedaifan intelektualisme dramaturginya, maka AKHIRAT dibangunkan dengan adegan-adegan ‘kurang ajar’ dan ‘aksi-aksi celaka sebagai bahasa konon ada naratif besar di dalamnya’ seperti scene zina, seolah-olah perbuatan zina yang seluruhnya dikeji dan menjadi dosa besar yang akan membawa manusia ke neraka di hari akhirat, telah menjadi ’suatu yang suci’ di tangan pengarah filem AKHIRAT. Lalu zina yang haram telah menjadi zina yang non-halal, dan kehidupan benar-benar menjadi bangsat yang diterima sebagai sebuah kebudayaan yang tidak jahat, tidak sesat, dan bertamadun.

    Dari manusia Noni sehinggalah pada Datuk Shamsuddin jelas kelihatan bagaimana AKHIRAT mewajahkan mereka sekumpulan manusia yang bergeladangan hidup berasaskan nafsu serakah, dan nafsu serakah itu pula adalah suatu ruh yang tersangat istimewa sebagaimana istimewanya nafsu serakah di kalangan kaum Hud, dan orang-orang di Kota Pompeii sebelum dibinasakan oleh letusan Vesivius. Erotisme atau perlucahan bukanlah suatu yang perlu dipandang serong, sebaliknya rangkaian realiti yang terjadi dan tidak menjadi salah untuk AKHIRAT bercakap tentangnya, dan jika dibenarkan oleh Lembaga Penapis Filem barangkali sedikit amalan-amalan porno juga realiti yang sepatut dibenarkan, dan dari sudut pandangan yang paling jauh, apa salahnya bagi menyatakan impresionisme tadi, seandai Noni dapat ditelanjangkan dan Amran yang gersang sesudah sekian lama tidak bermukah dibugilkan sepenuhnya, kerana yang demikian dalam akal pengarah, adalah sebuah filem kerana filem itu representasi realiti.

    Nah! Akhirnya AKHIRAT yang dipaksa barangkali oleh atmosfera yang tidak mengizinkannya oleh LPF untuk menjadi sebuah karya porno yang biasanya dapat ditayangkan di panggung-panggung di Czech, Estonia dan Macedonia terpaksalah sedikit melakukan ‘fardu kifayah’ dengan sekadar melaksanakan sedikit sahaja pekerjaan celaka itu, lalu akhirnya filem AKHIRAT telah memenuhi setidaknya permintaan yang diajukan oleh Tutankhamu, sahabatnya Namrud dan rakyatnya.

    Lantaran dramaturgi yang ntah kejadah apa, serta kelemahan-kelemahan dari aspek sinematomi misalnya pekerjaan sinematografi yang tersangat buruk, dengan hukum cahaya yang langsung tidak menyatakan sebarang kejadian luar biasa akan makna, nilai dan intelektualisme, ditambahkan lagi dengan kemasukan-kemasukan montaj muzik yang primitif, yang langsung tidak memiliki jiwa dan pengetahuan terhadap kesenian muzik sebagai kandungan penting dalam membentuk kompleks dramaturgi dan sinematik, belum lagi melihat betapa jauh mundurnya cara pengarahan berkerja sehingga suntingan yang jelas bukan sahaja caca merba, huru hara malah begitu kotor sekali, lalu untuk menipu kelemahan yang segala rupa dan segala sifat ini, jalan ‘konon auteur fardu kifayah’ tadi ditawarkan akan aksi-aksi kehidupan yang sesat dan melampaui batas sebagaimana kehidupan yang telah dikutuk oleh Allah, yang difirmankan di dalam Al-Quran.

    Filem AKHIRAT adalah gambaran filem yang tidak memiliki akal sebagai manusia yang diberi agama untuk dipercayai dan dipatuhi, dan seluruh pekerjaan menghasilkan filem AKHIRAT adalah pekerjaan yang hina dan jahat.

    PETIKAN KOMEN

    Tirta Nirmaya
    http://tirtanirmaya.blog.de

  4. Kerajaan digesa bertindak terhadap artis, pengusaha filem keterlaluan
    Salmiyah Harun

    KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) – Promosi budaya Barat yang wujud dalam budaya popular di negara ini oleh media telah mengundang generasi muda negara ini untuk melakukan perkara yang sama.

    Ini terbukti apabila penyanyi popular, Anuar Zain sudi membenarkan peminat-peminat wanitanya berkelakuan tidak senonoh (mencium dan memeluknya) ketika majlis ‘A Nite With Anuar Zain’ sehingga menggambarkan sikap yang tidak patut ada pada diri seorang artis yang merupakan ‘public figure’.

    Amat menyedihkan, apabila artis beragama Islam di negara ini sendiri sanggup mengenepikan hukum agama dan budaya bangsa hanya semata-mata atas tiket ‘keseronokan’.

    Perkara ini turut mendapat perhatian Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang menyifatkan perbuatan itu tidak menitikberatkan soal nilai dan akhlak seolah-olah ia tidak lagi menjadi keutamaan.

    Setiausaha Agung PKPIM Abdul Muntaqim Zulkipli berkata, fenomena ini perlu dipandang serius kerana dikhuatiri negara akan mengalami kerugian sumber manusia dan seterusnya mengganggu-gugat kestabilan dalam negara.

    Tegasnya dalam satu kenyataan, pihak berkuasa, seperti Kementerian Penerangan harus mengambil tindakan tegas terhadap tindakan yang dibuat oleh penyanyi tersebut.

    “Jika sebelum ini perbuatan Faizal Tahir di atas pentas dianggap sebagai tidak sesuai dan mendapat denda yang sewajarnya, maka hasrat Anuar Zain untuk melakukan sesuatu yang lebih melampau itu pun harus diambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

    Tambahnya, apabila generasi muda di negara ini banyak dihidangkan dengan rancangan dan aktiviti hiburan, sehingga mengakibatkan generasi muda hilang idealisme perjuangan dan hilang kepedulian sosialnya.

    Apa yang membingungkan dan merisaukan lagi katanya, kelahiran satu lagi filem yang berpotensi untuk merosakkan pegangan agama generasi muda iaitu Filem ‘Akhirat’ terbitan Sri Saheb Production Sdn. Bhd. merupakan satu lagi filem yang menuruti filem-filem ‘tanpa nilai’ yang sebelumnya seperti Sepet, Gubra dan Anak Halal.

    Katanya, penerbitan filem ‘Akhirat’ ternyata bercanggah dengan asas nilai dan budaya setempat, khususnya nilai-nilai Islam.

    “Malah, apabila produsernya S. Baldev Singh menyatakan bahawa filem ‘Akhirat’ ditayangkan bersempena dengan Maulidur Rasul, hal itu jelas merupakan satu penghinaan kepada agama Islam,”katanya.

    Bidas beliau, jika pihak kerajaan sebelum ini mengambil pendirian tegas terhadap klip video ‘Fitna’ yang menghina Islam, maka pihak berkuasa harus juga mengambil pendirian yang tegas terhadap filem ‘Akhirat’ yang turut menghina agama Islam.

    “Filem tersebut perlu diharamkan dan pihak kerajaan perlu memastikan filem-filem seperti ini tidak akan dihasilkan lagi. Pihak media, para penghibur dan pihak berwajib haruslah lebih bertanggungjawab khususnya dalam mencorak budaya popular dan menghadirkan hiburan kepada masyarakat,” katanya.

    Katanya, soal pemerkasaan budaya perlu diberikan perhatian yang serius agar kita tidak membawa budaya-budaya barat yang tidak sihat dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan bangsa setempat.

    Justeru, penguatkuasaan yang lebih serius adalah perlu, jika pada awal tahun 90-an dahulu artis-artis tidak dibenarkan untuk berambut panjang sekalipun, maka kini sikap artis dan penghibur yang tidak bermoral juga perlu diberikan perhatian yang serius. – mks.

  5. Sinopsis
    Filem Akhirat
    http://ustazroslidhoby.blogspot.com/2008/04/kerajaan-digesa-bertindak-terhadap.html

    “Akhirat”… bermulanya satu kesudahan.
    “Akhirat” merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.

    Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan maruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang…”Akhirat” dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?

    Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimanakah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato’ Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?

  6. Akhirat ‘jual’ babak ranjang
    Sorotan Suzan Ahmad

    PENGARAH: Syed Mohamed Hassan Benyahya

    PELAKON: Vanidah Imran, Tony Eusoff, Adi Putra, Nabila Huda Suhaimi dan Tan Sri Jins Shamsuddin.

    GENRE: Heavy Drama

    MULA TAYANG: 20 Mac 2008

    TANDA awal filem ini mungkin mengecewakan penonton sudah mula dirasai seawal menonton tayangan perdana Akhirat di Cathay Cineplex, Selasa lalu. Buktinya, sepanjang hampir dua jam berada di panggung, kesimpulan mudah yang dapat penulis berikan ialah Akhirat tidak ubah seperti persembahan sebuah drama berbentuk telemovie yang diubah menjadi filem cereka.

    Sebelum pergi lebih lanjut, Akhirat antara lain mengisahkan Nurin Amira (Vanidah Imran) yang disahkan positif HIV Aids selepas peristiwa hitam dirogol penagih dadah. Selain hakikat berdepan maut, kesengsaraan itu cuba disembunyikan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Akhirat juga memaparkan kisah kesetiaan dan pengorbanan pasangan suami isteri, Mira dan suaminya Amran (Tony Eusoff).

    Kesetiaan Amran diuji apabila Mira gagal menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Filem ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran sebenar kepada penonton bagaimana pesakit Aids mengharungi survival hidupnya.

    Tema filem ini cukup berat iaitu mengenai penyakit Aids yang digambarkan bagai berada di alam akhirat bagi sesebuah kehidupan. Malangnya, bukan saja ia mengecewakan, malah gagal meyakinkan penonton untuk berada dalam kepompong rasa derita, kesedihan, lemah dan konflik jiwa. Semua itu tidak dimanfaatkan dengan baik, malah tidak di sampaikan dengan sempurna.

    Kelemahan paling ketara jatuh pada skrip filem ini. Dialog gambaran kasih sayang tidak ubah macam skrip filem Hindustan yang cuba menyamai agungnya cinta Mumtaz Mahal dan Jodhaa Akhbar. Banyak perkara yang sentuhannya tidak seimbang, malah isu Aids sendiri tidak dikupas dengan kemas. Realiti konflik itu sendiri hampir tiada langsung kerana terlalu dikaburi elemen sensasi lain.

    Apa yang penulis nampak selain babak ranjang Noni (Nabila Huda) dan Ari (Adi Putra) berkali-kali (dan setiap kali pakai singlet dan kemeja sama). Akhirat lebih kepada keluhan hati suami yang tidak mendapat layanan kasih sayang dan seks daripada isterinya. Elemen seksual melangkaui emosi dan jiwa pesakit Aids.

    Kos pembikinan yang dikatakan mencecah RM2.3 juta bagaikan tidak menjelma menerusi visual filem ini. Sekadar babak kemalangan Mira yang memandu kereta jenis Proton Perdana V6, rasanya kos itu jauh lebih rendah. Apapun babak itu memang realistik.

    Sayang, bakat Aktres Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia 2007 seperti Vanidah dipersia-siakan begitu saja. Bukan bermaksud Tony Eusoff tidak mampu berlakon, cuma penjiwaannya bersama emosi yang berjaya dilontarkan Vanidah dalam setiap babak mereka bagaikan tidak setara.

    Bercakap mengenai nilai budaya, rasanya mana ada dalam kamus budaya kita, orang Melayu minta maaf dalam keadaan berbaring di ribaan orang tua. Seperti apa yang dipaparkan pada babak antara Noni dan Jins. Tapi kalau hendak tonjolkan nilai budaya menerusi seni batik dan kebaya, rasanya mesej itu tercapai.

    Apapun, kita berharap sangat filem Akhirat bukanlah ‘akhirat’ kepada penerbit dan pengarahnya kerana mereka harus terus menghasilkan filem dan berkarya.

  7. Isu Filem Fitna : Wajar & Tidak Boikot ?

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net

    Tidak dinafikan terdapat pro kontra dalam isu filem ‘Fitna’, iaitu sama ada perlu boikot barangan keluaran Belanda atau tidak.

    Pandangan ringkas saya, kita wajar memboikot atas rasional berikut :-

    1) Hidupkan sensitiviti Umat Islam terhadap kesucian Islam:

    Kesan tindakan Boikot ini mungkin sedikit sukar mengenai pembikin filem fitna iaitu Geert Wilders secara ‘direct’ namun Maqasid atau objektif dari tindakan boikot beberapa barangan Belanda terkuat ini hanya sebagai meraih sensitiviti umat Islam terhadap apa sahaja isu yang mencemar kemuliaan Islam. Terlalu kerap umat Islam dilihat lembik dan sering dimakan suasana yang dikawal oleh Barat, dengan mudah mereka mempermainkan deen Islam.

    Ada yang berkata “adakah kerana sebab seorang maka satu negara kita hukum?”

    “bayangkan jika terdapat penduduk Malaysia biadap maka semua barangan Malaysia dihukum, adilkah?’

    “Ye, namun masyarakat Malaysia belum ada yang biadap sebegitu, so kita tunggu dan kalau ada pun pihak sebelah sana mungkin akan senyap sahaja kerana bagi mereka agama ini adalah mainan sahaja dan mereka tidak peduli apa pun orang nak kata tentang kristian dan sekular mereka, kita tidak sama dengan mereka, kita sensitif dengan hal agama tidak seperti mereka.” saya menjawab

    “Namun jika benar-benar wujud kebiadapan sebegitu di kalangan orang Malaysia, bolehkah dibebankan kepada beberapa syarikat Malaysia yang besar?. Bagi saya, tindakan boikot ini masih terima di sisi Islam dalam keadaan tertentu terutamanya syarikat Malaysia ini mempunyai pengaruh ke atas kerajaan. Ini kerana kerajaan sebagai pemimpin bertanggung jawab ke atas perangai dan sikap rakyatnya, justeru mereka perlu ambil tindakan sebaiknya selain menafikan kerjasama dan pengiktirafan. ” Jawab saya

    “Kita tidak mahu perangai Amerika yang apabila menjatuhkan bom ke atas kampung umat Islam yang didakwanya pusat tentera. Apabila dikutuk kerana ia penempatan orang awam, mereka meminta maaf dengan wajah seposen dan habis begitu sahaja, Kita mahu mereka diberi sedar lebih dari itu, ye lebih besar dari ITU!!” Tambah saya lagi

    Cukup dalil berikut menunjukkan pemimpin dan rakyat negara mereka perlu nasihat si biadap, tiada yang mampu mendorong mereka bertindak kepada si biadap kecuali ditegur mereka juga, kerana semua hidup secara bermasyarakat:-

    سمعت النبي يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

    Mafhum : “Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga” ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

    Walaupun hadis ini berkisar berkenaan hal pemimpin beragama Islam, namun kaedah asasnya sama bagi seseorang pemimpin. Mereka perlu bertanggungjawab.

    Sebuah athar lagi menyebut

    الناس على دين ملوكهم

    Ertinya : “Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka” ( Al-Asrar Al-Marfu’ah, Ali Al-Qarri, hlm 367 ; Fath Al-Bari, 7/151 )

    Maka dalam hal kebiadapan ini, ia bergantung juga kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Ia ia jenis kesalahan besar seperti ‘Fitna’ ini, saya tidak fikir kita boleh berdiam diri dengan hujjah ‘kita perlu koreksi diri dalam menggambarkan Islam yang betul semata-mata atas alasan berfikir panjang”

    Syaa bimbang berfikir panjang untuk memikirkan tindakan sehingga tertidur sebenarnya. Dan pihak yang biadap sudah puas hati dan dunia melihat penganut Islam sama seperti mereka yang tidak sensitif dengan hal agama.

    “bagaimana dengan orang di sana yang membunuh orang islam, di sini dan semua , kenapa dtidak diboikot?” Ada yang bertanya kepada saya

    Bukankah kita sedang membincang strategi, justeru boikot juga perlu dibuat berstrategi. Ia perlu dilakukan secara fokus specifik dan bertempoh agar dapat memberikan sedikit kesan. Kita jugamemang tidak mampu untuk memboikot semua, justeru dipilih kes-kes yang dikira besar dan tersebar.

    Ambil Peluang Atas Ucapan Wakil Islam

    Tidak saya nafikan, mungkin ada benarnya Geert Wilders mengambil peluang dengan mengambil beberapa ucapan dan sepanduk tertentu lalu dipetik di luar konteks. Mungkin ada yang dalam konteksnya tetapi diungkap secara emosi, tertutup dan perlukan huraian. Namun apabila saya melihat filem ciptaannya dan cuba berfikir sebagai seorang awam, liberal serta ahli maksiat, saya kira ia amat boleh menambahkan kebencian ramai kepada Islam.

    2) Gunakan Kuasa Ekonomi Di zaman Industri Untuk Mengajar :

    Saya menyokong semua cadangan yang bersifat pendidikan, penerangan dan lain-lain. Ye tentunya saya menyokong namun dalam jangka masa dekat, ia hanya satu pandangan idealitsik yang akan mematikan sensitviti umat Islam terhadap agama mereka.

    Umar Al-Khattab dan Uthman r.a berkata :-

    لما يزع الله بالسلطان أعظم مما يزع بالقرآن

    Ertinya : Apa-apa yang Allah halangi melalui penguatkuasaan undang-undang (kuasa) adalah lebih utama lebih besar (urusan) yang dilarangi melalui nasihat-nasihat (bacaan ayat-ayat Al-Quran kepada sasaran)” ( Tarikh Baghdad, 4/107 ; Akhbar Al-Madinah, 2/115 ; Al-Mubdi’, 3/343)

    Ibn Taymiah berkata dalam menghuraikan athar di atas :

    “Amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak akan sempurna kecuali dengan pelaksanaan hukuman (kuatkasaan undang-undang Syariah) kerana Allah menahan dan melarang dengan ancaman hukuman bagi kejahatan yang tidak mampu dihalang dengan nasihat Al-Quran” ( Fatawa Ibn Taymiah, 28/107 )

    Justeru, pada hemat saya ‘maslahat ‘ammah‘ dalam hal ini adalah ‘to preserve and protect our faith’ lalu perlu dilakukan tindakan boikot ini sebagai ‘halangan dengan kuasa’ selain yang boleh menajamkan sensitiviti umat Islam dalam semua hal yang diperlukan untuk mencapai maqasid ini.

    Kenyataan Perdana Menteri Belanda amat dihargai sebagai pemimpin politik, namun bagi saya kenyataan ini dikeluarkan adalah hasil bantahan, demonstrasi, memorandum dan laungan boikot umat Islam daripada pelbagai Negara. Jika ditambah dengan boikot, sudah tentu selepas hukuman lebih keras boleh difikirkan oleh pemerintah Belanda ke atas rakyatnya agar mereka tidak akan lagi menjadi mangsa hukuman umat Islam selepas ini disebabkan kebiadapan rakyat mereka.

    Government’s reaction to Wilders’ film

    News item | 27-03-2008

    Prime Minister Jan Peter Balkenende has reacted to the film Fitna that MP Geert Wilders has released on the internet on 27 March.

    Prime Minister Jan Peter Balkenende:

    ‘On behalf of the Dutch government, I would like to respond to the online film by Mr Wilders.

    The film shows images of violent acts and holds Islam and the Koran responsible for them. The government condemns such acts and those who commit them.

    The film equates Islam with violence. We reject this interpretation. The vast majority of Muslims reject extremism and violence. In fact, the victims are often also Muslims.

    We therefore regret that Mr Wilders has released this film. We believe it serves no purpose other than to cause offence. But feeling offended must never be used as an excuse for aggression and threats. The government is heartened by the initial restrained reactions of Dutch Muslim organisations.

    Muslims, Christians and people of other convictions can easily live together in peace. The problem is not religion, but misuse of religion to sow hatred and intolerance. That is why we are calling for respect for everyone’s deepest convictions.

    We are aware of the concerns and the sentiments about this film in the international Muslim community. We have recently spoken with many people at home and abroad to promote mutual understanding. We will continue to follow this course.

    The Dutch government stands for a society in which freedom and respect go hand in hand. Such a society demands dedication and commitment. We oppose extremism. Anyone who breaks the law is dealt with firmly. Let us solve problems by working together. Let us reach out to others and build confidence and trust. Let us conquer prejudice. We shall surely succeed.’ (Sumber )

    Muslim di Belanda Pendekatan Mungkin Berbeza

    Adapun bagi Muslim di Belanda, adalah sedikit kurang sesuai untuk mereka turut berdemonstrasi, membaling batu ke gereja dan apa-apa tindakan agresif kerana impak negatif amat dekat dengan mereka. Bagi mereka amat wajar digunakan kaedah diplomasi dan rundingan. Namun umat Islam di luar Belanda perlu menunjukkan prostes lebih sederhana agresif dan terancang dalam pelbagai aspek.

    Tidak perlu kita menafikan kewajaran boikot, dan hanya mengutamakan tindakan lain sahaja. Kerana bagi saya, boikot adalah salah satu cara. Dan ia juga patut dibuat bertempoh seperti dalam tempoh 2 bulan kepada barang terpilih untuk memberi mesej bahawa di dunia ekonomi kapitalis ini, umat Islam masih mempunyai kekuatan untuk menggugat, justeru seolah-olah kita melaungkan :

    “Jika kamu sayangkan ekonomi kamu, tolong ajar mana-mana rakanmu yang membenci Islam agar jangan biadap. Jangan lupa untuk jaga hati kami umat Islam. Jangan biadap dengan Islam, jika tidak kami akan menyakitkan ekonomi yang kamu cintai itu”.

    Namun perlu diingat, pelbagai jenis tindakan perlu ada dan boikot dan demonstrasi bukanlah satu-satunya tindakan yang dikehendaki.

    Boikot barangan secara sementara ini bukanlah berobjektif meruntuhkan seluruh ekonomi, itu bukan objektifnya tetapi objektifnya hanya memberi sedikit tekanan ekonomi sementara akibat perbuatan rakyat mereka, Ia jatuh harus apabila bertembung dua maslahat besar. Ketika itu kita perlu mengorbankan satu maslahat demi mencapai maslahat yang lebih besar. Maslahat yang terpaksa dikorbankan adalah produk rakyat Belanda demi untuk menonjolkan masalaha yang lebih besar iaitu kesucian Islam.

    Kisah boikot sementara dan tidak menghancur ini pernah berlaku di zaman Nabi.

    Kisah ini dicatatkan di dalam oleh al-Bukhari berkenaan seorang pemimpin negara Al-Yamamah bernama Thumamah Bin Uthal yang ditangkap dan diikat di tepi masjid hingga beliau akhirnya memasuki Islam. ( Sohih Al-Bukhari, Bab Musryik masuk Masjid, no 457, 1/179 ,; Umdah Al-Qari’, Al-’Aini, 14/256)

    Al-Yamamah sebagai sebuah negara yang kaya dengan hasil pertanian seperti gandum ketika itu, apabila Thumamah kembali ke negerinya, beliau telah menamatkan bekalan bahan mentah dari negerinya ke Mekah bertahun-tahun lamanya atas alasan penduduk Mekah adalah Kafir sehingga penduduk Mekah kelaparan dan terpaksa memakan kulit-kulit. Hal ini disebutkan oleh Fakhruddin Ar-Razi tafsirnya dalam perbincangan berkenaan sebab nuzul ayat Surah Mukminun ayat 76 dengan katanya (Tafsir Al-Kabir, 23/99) :-

    ولحق باليمامة منع الميرة عن أهل مكة فأخذهم الله بالسنين حتى أكلوا الجلود والجيف فجاء أبو سفيان إلى رسول الله وقال ألست تزعم أنك بعثت رحمة العالمين ثم قتلت الآباء بالسيف والأبناء بالجوع فادع الله يكشف عنا هذا القحط فدعا فكشف عنهم فأنزل الله هذه الآية والمعنى أخذناهم بالجوع فما أطاعوا

    Ertinya : Thumamah balik ke negerinya di Yamamah ( Bahrain) lalu membyekat bekalan makanan ke Mekah beberapa tahun sehingga penduduk Mekah tatkala itu terpaksa makan kuit-kulit, lalu datanglah Abu Sufyan kepada Nabi berkata : “BUkankah kamu mengatakan bahawa kamu dibangkitkan sebagai rahmat kepada seluruh alam? kemudian kamu membunuh lelalki dewasa ( tentera) menggunakan pedang dan membunuh kanak-kanak dengan kelaparan ( akibat boikot), doakanlah bagi kami kepada Allah untuk melepaskan kami dari kesengsaraan ini..”

    Thumamah diriwayatkan menyebut kepada penduduk Mekah setelah mengaku dirinya Islam dengan katanya :-

    والله لَا يَأْتِيكُمْ من الْيَمَامَةِ حَبَّةُ حِنْطَةٍ حتى يَأْذَنَ فيها النبي صلى الله عليه وسلم

    Ertinya : “Demi Allah tidak akan sampai dari negeri Yamamah satu biji gandum pun (kepadamu) sehingga jika diizinkan oleh Nabi s.a.w” ( Riwayat Al-Bukhari)

    Namun akhirnya Nabi s.a.w menghantar surat memberitahu bahawa penduduk Mekah adalah di ‘Ahl Allah’ lalu diminta oleh Nabi untuk menamatkan sekatan yang dibuat. Keadaan ini dapat dilihat dari catatan berikut ( Al-Kamil Fi At-Tarikh, 4/22 ; Tarikh Ibn Khaldun, 3/185; Al-Bidayah Wa An-Nihaya) :-

    أن ثمامة بن اثال لما أسلم قطع الميرة عن أهل مكة وهم مشركون , فكتب اليه رسول الله ان أهل مكة أهل الله فلا تمنعهم الميرة فجعلها لهم وأنك قطعت الميرة عنا ونحن مسلمون فجعلها نجدة لهم

    Ertinya : Sesungguhnya Thumamah ketika beliau memboikot bekalan dari penduduk Mekah iaitu orang kafir musyrik, lalu (setelah beberapa lama orang mekah mengadu) , barulah rasulullah menghantar surat kepada Thumamah dan menasihtakn agar jangan memutuskan bekalan makanan..”

    Hasilnya, boikot adalah satau tekanan sementara sahaja dan bentuk boikot yang dibuat oleh thumamah adalah berbeza dengan boikot beberapa barangan Belanda yang sementara dan bukannya boikot seluruh negara, ada yang perlu membuat rundingan politik, ada yang demonstrasi, ada yang hantar memorandum, ada yang bikin filem pendek gambaran sebenar Islam dan lain-lain.

    3. Tuntutan Marah Kerana Allah Dari Hadith : Bertindak Sesuai Dengan Kesalahan

    Terdapat rakan-rakan yang membawakan hujjah petikan hadis untuk menasihatkan umat Islam bersabar, fikir panjang, berhikmah, tidak gopoh, template dan stereotype dalam tindakan :-

    Ertinya : Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Bukanlah gagah itu pada gagahnya orang bergusti. Akan tetapi gagah itu ialah pada upaya mengawal diri ketika marah!”

    Namun, saya tidak begitu bersetuju dengan penggunaan hadis ini dalam konteks ini berdasarkan nas berikut :-

    1) Hadis sohih

    ما خُيِّرَ رسول اللَّهِ بين أَمْرَيْنِ إلا أَخَذَ أَيْسَرَهُمَا ما لم يَكُنْ إِثْمًا فَإِنْ كان إِثْمًا كان أَبْعَدَ الناس منه وما انْتَقَمَ رسول اللَّهِ لِنَفْسِهِ إلا أَنْ تُنْتَهَكَ حُرْمَةُ اللَّهِ فَيَنْتَقِمَ لِلَّهِ بها

    Ertinya : Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 )

    Imam Ibn Hajar mengulas hadis di atas dengan katanya :

    وما انتقم لنفسه إلا أن تنتهك حرمة الله فإن انتهكت حرمة الله كان أشد الناس غضبا لله

    Ertinya : Nabi s.a.w tidak membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan MENJADI MANUSIA YANG PALING MARAH DI KERANA ALLAH (Fath Al-Bari, 6/576)

    Justeru jelas, marah dan bertindak memboikot barangan keluaran mereka yang tertentu sebagai pengajaran tidak lari dari konteks hadis ini. Ini kerana kita wajar menyedari bahawa puak musuh Islam hari ini bertuhankan ekonomi. Mereka berpegang kepada system Laissez-faire atau free market. Pasaran akan menentukan sikap mereka. Kerana itu, salah satu cara mengajar dan meluahkan kemarahan sesuai mengikut zaman adalah dengan boikot ekonomi.

    Cara inilah yang kerap dilakukan oleh USA kepada Iraq, Iran dan lain-lain.

    Kita tidak nafikan perlunya cara lain untuk memperbetulkan keadaan, tetapi cara ini adalah salah satu cara yang relevan di sisi puak hamba-hamba ekonomi. Bila hal ini diusik bila mereak ganggu Islam, semua hamba-hamba ekonomi yang lain akan berawas-awas kerana takut akan diganggu WANG mereka juga.

    Sebab itu jika kita hanya ingin menumpukan kepada cara pendidikan, penerangan semata-mata, ia tidak akan memberikan kesan yang banyak kepada mereka yang sombong seperti pembenci Islam. Walaupun demikian, kerana hidayah milik Allah, sudah tentu kita boleh meneruskan kaedah tadi tetapi ia adalah kaedah jangka sederhana dan panjang.

    2) Hadis :-

    إن المؤمن يجاهد بسيفه ولسانه

    Ertinya : Sesungguhnya orang Mukmin itu berjuang dengan pedangnya dan juga dengan lisannya ( tulisan, lidah, dan tindakannya) ( Riwayat Ahmad, 1934, : Hadis Sohih)

    3) Hadis Nabi s.a.w

    قال سَعْدُ بن عُبَادَةَ لو رأيت رَجُلًا مع امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسَّيْفِ غير مُصْفَحٍ فقال النبي أَتَعْجَبُونَ من غَيْرَةِ سَعْدٍ لَأَنَا أَغْيَرُ منه وَاللَّهُ أَغْيَرُ مِنِّي

    Ertinya : Berkata Sa’ad bin Muadz , jika aku nampak seorang lelaki bersama isteriku nescaya akan kupukulnya dengan pedangku maka berkata Nabi : Adakah kamu kagum dengan cemburu, kasih dan rasa protective Sa’ad?, Sesungguhnya aku lebih dari Sa’ad dan Allah lebih dariku.. ( Riwayat Bukhari, 5/2002)

    Kesimpulannya, tanda kemarahan itu boleh dizahirkan menurut suasana dan keadaan dunia sekarang, apa yang penting adalah yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat barat bahawa Islam bagi penganut Islam tidak sama dengan agama di kacamata mereka. Menurut mereka AGAMA sangat terhad seperti yang ditakrifkan :-

    . . . means a way of spending an hour or so on Sundays in practices which give him some support and strength in dealing with the problems of daily life, and which encourages him to be friendly towards other persons and to maintain the standards of sexual propriety; it has little or nothing to do with commerce or economics or politics or industrial relationships . . . or may even look on religion as an opiate developed by exploiters of the common people in order to keep them in subjection. (Watt (1979, p.3)

    Malah menurut pandangan kebanyakkan pemikir secular Barat juga berpandangan bahawa agama itu hanyalah (rujuk tulisan Prof. Dr Aslam, UIAM) :-

    religion reduced to a private matter between and individual and his/her God(s)
    no role to play in determining public affairs
    science replaced religion as authority
    religion for infantile man; science for modern/nature man

    Kerana itu mereka sendiri kerap membuat filem yang menghina agama mereka dan TIADA siapa dari gereja mereka yang membantah. Ini menjadikan mereka menganggap Islam juga seperti agama mereka yang boleh dipermainkan dan hanya dianuti dan dipercayai oleh orang-orang ketinggalana zaman dan tidak matang.

    Namun setelah diteliti filem ini, ia ternyata bukan dibuat untuk suka-suka kerana kejahilan pembuat semata-mata, ia juga jelas satu jenis perangkap dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

    Fatwa Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi

    Syeikh Al-Allamah Al-Qaradawi berkata :-

    أما الرد الخامس الذي طالب به فيتمثل في المقاطعة الاقتصادية لبضائع الدول التي تسمح لرعاياها بالتطاول على المقدسات الإسلامية”. ووصف المقاطعة بأنها “سلاح يوجع القوم

    Ertinya : kaedah kelima (untuk berdepan dengan masalah penghinaan filem fitna) adalah “Boikot ekonomi iaitu dengan boikot pembelian barangannegara-negara yang membenarkan rakyatnya biadap kepada hal ehwal suci umat Islam, disifatkan boikot ini sebagai senjata yang boleh menyedar dan menyakitkan satu kaum” ( rujuk )

    Kesimpulan dan Filem Akhirat

    Harus di boikot barangan tertentu keluaran Belanda untuk tempoh tertentu ( cadangan saya 2 bulan) sebagai mesej jelas kepada Belanda dan semua non-muslim di dunia agar jangan lagi mempermainkan Islam. Sama ada boikot ini berjaya beri kesan atau tidak, ia tetap releven sebagaimana burung yang masih berusaha bertindak memadamkan api.. ramai di luar sana tidak mampu melakukan cadangan-cadangan seperti rundingan, penrangan sebanar wajah Islam dan lain-lain. Justeru, tanpa boikot, mereka hanya akan duduk saja tanpa apa-apa usaha dan daya yang disumbangkan dalam isu ini.

    Bantahan dan boikot yang sama perlu kita lontarkan kepada penebrit filem “AKHIRAT” keluaran tempatan yang menghina nama ‘akhirat’ dengan cerita bertunjangkan seks, zina, raba, aksi intim, AIDS dan lain-lain, cerita yang secara tidak langsung menghina sensitiviti Islam. Tidak wajar sama sekali mereka menggunakan nama “Akhirat” satu lafaz yang penuh makan tersirat malah lafaz yang disebut di dalam al-Quran. Biadap penerbit ini !! (rujukan kebiadapan dalam filem akhirat )

    Sekian


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan komen