PENCALONAN 3

Dunia Baru

Pengarah : Yeop Hitler
Syarikat Penerbit : Grand Brilliance Sdn. Bhd.
   
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Komedi, Pengembaraan, Drama
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 07 Februari 2008
Durasi : 94 min
Audio : Tiada Maklumat
Format : Hi-Def    

 
Pengarah   

   
Penulis
Pelakon   

:
Opie (Pelakon Utama)
:
Adif (Pelakon Utama)
:
Madihah (Pelakon Utama)
:
Erika (Pelakon Utama)
:
Tajol (Pelakon Utama)
:
Anizah (Pelakon Utama)
:
Suzanna (Pelakon Utama)
:
Fazley (Pelakon Utama)
:
Sukarelawan (Pelakon Utama)
:
Sariah (Pelakon Pembantu)
:
Geng Citrawarna 1 (Artis Jemputan)
:
Geng Citrawarna 2 (Artis Jemputan)
:
Geng Citrawarna 3 (Artis Jemputan)
:
ASP Polis (Artis Jemputan)
:
Inspektor Polis (Artis Jemputan)
:
Puan Mariah (Artis Jemputan)
:
Pengantin Lelaki (Artis Jemputan)
:
Pengantin Perempuan (Artis Jemputan)
:
Ketua Stesyen Minyak (Artis Jemputan)
:
Orang Tua (Artis Jemputan)
:
Tok Imam (Artis Jemputan)
:
Mat Deris (Artis Jemputan)
Krew   

:
(Pengarah Fotografi)
Penerbit   

:
(Penerbit)
 

4 Komen

  1. Ulasan diambil dari
    http://leoxa.com/cucumatkilau/2008/04/26/gempar-filem-dunia-baru-the-movie-juga-hina-islam/

    Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem “Fitna” yang dikatakan menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu. Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu. Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda.
    Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi Muhammad SAW, kini telah menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan Rosnah itu.
    Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu “Dunia Baru The Movie” juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam. Filem yang diapditasikan daripada drama “Dunia Baru” itu telah ditayangkan kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan impaknya terhadap penonton. Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.
    Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman. Filem itu mengisahkan gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya M. Hitler Zami berusaha membawanya ke layar perak.
    Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul ‘Sepohon Kayu”.
    Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka ria macam orang tak sedar diri.
    Dalam filem “Dunia Baru The Movie”, pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini. Walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.
    Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini. Biarpun ianya tidak secara “jelas” menghina agama Islam, namun langkah mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup “Aurat” dan langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu, dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid tersebut. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita. Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini. Kabarnya DVD dilem berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini, pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati.

    Klik Untuk Lihat >> SEPOHON KAYU DUNIA BARU

  2. Satu Lagi Filem Melayu Hina Islam Di Kesan !!
    Posted on Monday, April 21 @ 10:03:48 MYT by TokAyah
    Diterbitkan di http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=1894

    cucumatkilau

    Sebelum ini Cucu ada mendedahkan perihal filem “Dunia Baru The Movie” yang dilihat secara jelas telah menghina Islam pabila terdapat satu adengan yang mempersendakan lagu nasyid “Sepohon Kayu”.

    Lagu yang telah sekian lama dikenali sebagai lagu yang berunsur dakwah yang menyuruh umat Islam dan manusia didunia ini menunaikan solat (sembahyang) serta siksaan yang bakal diterima diakhirat kelak bila mereka engkar suruhan Allah ini. Lagu tersebut, selama ini tidak pernah dinyanyikan dalam keadaan maksiat.

    Filem berkenaan jelas telah menghina Islam berlandaskan kepada adengan yang memapar secara jelas unsur maksiat dalam persembahannya. Sudahlah penyanyi wanita tidak menutup aurat, memakai seksi pula, berjoget-joget terkinja-kinja macam monyet, bergelak ketawa dan macam-macam lagi. Ditambah pula dengan muzik yang mengiringi lagu tersebu, jelas bertentangan dengan unsur dakwah yang terkandung didalamnya. Punah ranah dibuatnya pabila lagu “Sepohon Kayu” diiringi oleh muzik rock dan kemudian metal. Memang cukup kecewa bila kita melihatnya.

    Sila klik Untuk lihat Sepohon Kayu Dunia Baru The Movie

    Sangkaan kita kisah penghinaan Islam dalam filem ini berakhir disitu sahaja. Rupanya tidak, sebelum filem berkenaan telah ada beberapa buah filem Melayu yang mempunyai agenda yang sama, bahkan lebih teruk dari itu. Antara yang paling teruk dan biadap ialah, filem arahan Yasmin Ahmad yang bertajuk “Gubra”. Filem ini jelas sekali menunjukkan kepada kita betapa Islam itu telah dihina secukup-cukupnya. Namun, dek kerana pemimpin Islam Hadhari mungkin bersetuju dengan perkara ini, maka pengarah filem berkenaan langsung tidak diambil tindakan. Apatah lagi, tidak ramai ulamak dan cendiakawan Islam di malaysia yang menyedari perkara ini. Maklumlah mereka tidak pergi ke panggung dan sememangnya tidak tertarik untuk menyaksikan filem-filem melayu atau pun sebagainya. Mungkin filem ini juga telah disiarkan dikaca TV, namun tidak ramai yang perasan akan perkara ini. Atau mungkin juga terlepas pandang agaknya. Dan, mungkinjuga perkara ini tidak disedari memandangkan mereka-mereka yang gemar menonton filem-filem di pawagam, jiwa dan hatinya sudah tidak lagi sensitif kepada isu-siu seperti ini. Apa yang peliknya filem “Gubra” telah menang banyak anugerah dalam festival filem Malaysia ketika itu. Bahkan anak kepada pengarah berkenaan, Sharifah Amani juga telah dipilih sebagai pelakon popular, yang menggemparkan seluruh negara bila beliau menghina pula Bahasa Melayu ketika membuat ucapan selepas menerima anugerah berkenaan. Inilah dasar dan pemikiran sekular yang telah ditanam dalam jiwa anak-anak muda generasi baru Islam Hadhari ini.

    Soalnya disini ialah, mengapakah bila pengarah filem Belanda menerbitkan filem pendek “Fitna”, bukan main kerajaan Hadhari dan UMNO melenting. Walhal, filem itu hanya dapat disaksikan di Youtube semata-mata, dan tidak pun ditayangkan di negara ini. Tambahan pula, filem berkenaan hanyalah selama 15 minit sahaja adengannya jika nak dibandingkan dengan “Gubra” dan “Dunia Baru The Movie” yang memakan masa selama hampir dua jam lamanya. Soalnya, apakah di Malaysia ia tidak dinamakan menghina, bila berlaku di dunia bukan main lagi melentingnya kita. Yang menjadi juara ialah Pemuda UMNO yang diketuai oleh Bekas Imam Besar Masjid Hadhari, Pirdas Ismail yang tewas di tangan Wan Azizah di Permatang Pauh dalam pilihanraya umum baru-baru ini. Kita harap dengan tersiarnya berita ini maka Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam, Zahid Hamidi dan pasangannya Mashitah Ibrahim dalam melakukan sesuatu untuk memantau perkara ini. Biarpun kes ini sudah terlepas, namun filem tersebut masih lagi disiarkan di kaca TV terutamanya di saloran Astro Prima. Kita tidak mahu, minda dan pemikiran generasi muda kita terus “dilacurkan” dengan unsur-unsur sekularisme yang dibawa oleh insan yang sememangnya telah terdidik dengan acuan barat ini. Cuba lihat sendiri adengan yang dipaparkan ini.

    Sila klik Untuk lihat Filem Gubra Hina Islam

    Cuba lihat gelagat para pelajar sekolah ini. Mereka sedikitpun tidak rasa segan silu bermain dengan anjing tanpa memikirkan apakah hukumnya dari sudut pandangan Islam. Lebih menyedihkan para pelajar ini semua bertudung litup. Mungkinkan ini kerana mereka terpengaruh dengan adengan yang terdapat dalam filem “Gubra” itu?. Ini sungguh bahaya, apakah ini generasi yang ingin dilahirkan oleh pemipin negara Islam Hadhari seperti malaysia ini? Fikrikanlah…

    Sila klik untuk lihat Pelajar Sekolah Pegang Anjing
    Ulasan lanjut mengenai perkara ini sila baca artikel Blogger Faisal Tehrani atas tajuk Gubra Yang Sesat lagi Menyesatkan. Sebarkan meklumat ini dan sama-samalah kita mengambil ikhtibar akan kejadian ini. Ini bermakna Malaysia sebagai sebuah negara Islam lebih teruk dari negara barat sebenarnya. Sebelum ini juga ada seorang artis wanita yang menghina isteri Nabi Muhammad SAW, perihal umurnya. Sikap biadap ini telah menyebabkan beliau digam dan rancangan TV yang memaparkan adengan tersebut telah ditamatkan serta merta. Tapi bagaimana pula dengan pengarah filem Yasmin Ahmad dan M.Hitler Zami ini? Apakah beliau dikenakan sebarang tindakan oleh kerajaan Islam Hadhari sama seperti Rosnah?

    Sila klik untuk lihat Rosnah Hina Isteri Rasulullah
    Maka itu, marilah kita bebaskan negara kita dari terus dicengkam dengan dasar-dasar penjajah yang akan merosakkan akhlak dan akidah generasi kita akan datang. Buatlah perubahan demi masa depan Islam yang lebih gemilang.

  3. rasanya sekarang ni dah trend diorg sengaja wat citer2 yg kontroversikan penghinaan terhadap islam.. lepas satu-satu..

  4. saya cuma nak lori topik. Ingat, berlari. Saya nak kritik Ann. Dia telah diperkosa nilainya. Ya. Mungkin saja dia bisa memperbodohkan dirinya dengan gurau-gurau yang tak melucukan pun tapi dia telah mensakitkan mata saya untuk menonton. Hey, dia naqibah juga tahu. Lihat Dunia Baru TV Series. Ups. Saya menampar dahi sebenarnya. Seorang perempuan Islam yang disolek dengan tudung mengumpat. Ha patut ditajamkan lagi kritik ini sebenarnya. Hitler adik beradik Opie Zami memang total bersalah. Jika dia tak arah tidaklah jadi begitu insha-Allah. Ya, kritik ini juga patut ditajamkan seterusnya kepada sahibus samahah Mufti Perlis. Sepatutnya tak perlu pun. Tapi disebabkan dia terlalu gencar menyerang unsur syiah maka apakata kita minta dia menyerang pembikin-pembikin filem yang ada bau-bau sekular? Ingat, sekular tidak ada langsung hubungkait dengan Islam. Ingat tu!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Tinggalkan komen