FESTIVAL FILEM MALAYSIA 21 – Mengiktiraf Filem Abu Jahal

SinemaMalaysia.Com.My – Festival Filem Malaysia – Trofi & Anugerah

FFM21 yang sedang berlangsung, dan akan merayakan industri filem kebangsaan pada malam ini, nampaknya begitu garang untuk mengiktiraf filem-filem abu jahal dengan sebahagian besar pencalonan FILEM TERBAIK menempatkan filem-filem yang telah dipilih oleh FESTIVAL FILEM ABU JAHAL sebagai filem yang langsung tidak punya peduli terhadap nilai dan bentuk penghidupan yang dikehendaki oleh Islam dan peradaban Melayu.

Tahniah buat para juri kerana akhirnya mengiktiraf filem-filem tunasosial sejenis ini…

Untuk itu PIALA ABU JAHAL dianjurkan sebagai alternatif kepada FFM21 sebagai gerakan membangunkan sinema Malaysia yang lebih berbudi pekerti, berakhlak dan budiman terhadap agama dan tamadun.

BAGI TAHUN 2008 sebanyak 7 PENCALONAN dikemukakan untuk dinilai oleh juri umum (ahli masyarakat) dan juri khas nan kemudian akan dibuat pengumuman pemenang PIALA ABU JAHAL 2008 …

Filem mana dan kenapa? Semua ini akan terjawab menjelang Disember 2008 nanti.

Kirimkan komen, kritikan dan ulasan anda dalam melengkapkan penilaian.

Terima kasih.

Blogged with the Flock Browser

Tags:

Sekretariat

Festival PIALA ABU JAHAL

adalah sebuah acara tahunan yang digerakkan oleh PONDOK FILSAFAT ISLAM MALAYSIA (FISMA) melalui SEKRETARIAT PEMBANGUNAN FILEM ISLAM (SUFIS) bagi menjayakan matlamat kependidikan pemajuan filem-filem Islam di Malaysia.

 

Festival PIALA ABU JAHAL

akan menjadi perintis pemberian anugerah kepada naskah-naskah filem Malaysia yang dipercayai menjadi sumber kepada kerosakan, kepunahan dan keperandaan akhlak dan aqidah umat Islam Malaysia dengan menilai bentuk, kandungan dan cara berkerjanya filem tersebut terhadap Islam.

 

Festival PIALA ABU JAHAL

diharapkan akan menjadi sebuah acara yang dapat membangunkan perjalanan kesedaran peri pentingnya kepercayaan untuk bersama-sama membina dan memperkukuhkan Islam dan peradabannya.

 

Justeru itu pihak sekretariat mengalu-alukan semua pihak untuk bersama-sama dengan sekretariat berkerja untuk menjayakan festival ini. Permohonan boleh diajukan terus melalui email ke email pialaabujahal@yahoo.com